Sabtu, 29 Oktober 2011

november 2011

sunyi dah blog ni....
menjelang hari raya aidil adha 2011... pada tarikh entri ini dihantar, kayu api untuk membakar lamang telahpun dicari. pagi tadi, ketika hujan masih merembas... tiba-tiba mak bertanya, gergaji tajam lagi tak? ingat nak ngajak awak cari kayu api. menantunya yang seorang ni berfikir sejenak... kalau dah tak tajam kita beli je yang baru... balasnya. tanpa berlengah dia segera mendapatkan topi keledar tojonya kerana topi keledar yang biasa dipakai basah dibasuh oleh isterinya yang tercinta. enjin motorsikal dihidupkan dan diapun segera menuju ke kadai ahteng untuk membeli mata gergaji yang baru.
sampai kedai Ah Teng.... dapat mata gergaji cap ikan katanya itulah yang terbaik yang ada di kedainya. ok, ON...
sampai ke rumah, mata gergaji segera ditukar... fuyooo berkilat mata gergaji yang baru dibeli tue.
mak dah lama siap, sambil menunggu sempat dia merumput dikeliling pokok ladanya... biasa la mak.
kemudian kami pun sama-sama menuju ke belakang rumah di hujung kebun getah untuk memotong batang leban bagi dijadikan kayu api. menurut mak kayu ni paling sesuai kalau nak bakar lemang. kayunya keras dan habanya cukup sesuai untuk bakar lama sebab tahan lama.
kami pun buatla apa yang patut, batang yang besar-besar tu bagi kat menantu dia ni gergaji manakala ranting-ranting yang kecik tu mak potong dengan parang. setelah bersusah payah dapatlah kami dua berkas kayu untuk dijadikan kayu api.
kayu-kayu tersebut kini berada di bawah rumah untuk dikeringkan.... :)