Khatijah Hassim's family
80 Kg Mengkarak, 28200 Bera, Pahang, Malaysia.
Rabu, 2 November 2011
Sabtu, 29 Oktober 2011
november 2011
sunyi dah blog ni....
menjelang hari raya aidil adha 2011... pada tarikh entri ini dihantar, kayu api untuk membakar lamang telahpun dicari. pagi tadi, ketika hujan masih merembas... tiba-tiba mak bertanya, gergaji tajam lagi tak? ingat nak ngajak awak cari kayu api. menantunya yang seorang ni berfikir sejenak... kalau dah tak tajam kita beli je yang baru... balasnya. tanpa berlengah dia segera mendapatkan topi keledar tojonya kerana topi keledar yang biasa dipakai basah dibasuh oleh isterinya yang tercinta. enjin motorsikal dihidupkan dan diapun segera menuju ke kadai ahteng untuk membeli mata gergaji yang baru.
sampai kedai Ah Teng.... dapat mata gergaji cap ikan katanya itulah yang terbaik yang ada di kedainya. ok, ON...
sampai ke rumah, mata gergaji segera ditukar... fuyooo berkilat mata gergaji yang baru dibeli tue.
mak dah lama siap, sambil menunggu sempat dia merumput dikeliling pokok ladanya... biasa la mak.
kemudian kami pun sama-sama menuju ke belakang rumah di hujung kebun getah untuk memotong batang leban bagi dijadikan kayu api. menurut mak kayu ni paling sesuai kalau nak bakar lemang. kayunya keras dan habanya cukup sesuai untuk bakar lama sebab tahan lama.
kami pun buatla apa yang patut, batang yang besar-besar tu bagi kat menantu dia ni gergaji manakala ranting-ranting yang kecik tu mak potong dengan parang. setelah bersusah payah dapatlah kami dua berkas kayu untuk dijadikan kayu api.
kayu-kayu tersebut kini berada di bawah rumah untuk dikeringkan.... :)
Khamis, 19 Mei 2011
Selasa, 21 September 2010
since february...
semenjak bulan febuari, tiada lagi entry ke laman blog ni. maklumlah masing-masing dah memiliki akaun fb dan nak mengakses maklumat ke dalamnya pun lebih mudah. blog ni mengharapkan kepada sesiapa yang rajin jer. ..
siapa yang rajin? tiba-tiba plak tangan ni rajin nak menaipkan sesuatu disini. sementara menantikan waktu asar, acu tgh sibuk main ngan baby, angah dan yang lain-lainnya sedang tidur... lama jugak dia orang ni tidur. siap la malam karang... kul berapa lak tidurnya masing-masing.
balik raya hari tu, meriah sungguh. semerah storm baru. semua ada. masing-masing gembira tak? balik kampung...
tahun ni betul-betul beraya.... motor baru, perabot baru, peti ais baru, mesin basuh baru, lampu suluh baru... baju batik baru... tak pakai lagi. pergi kerja hari khamis ni baru pakai Insya Allah. :)
apa lagi erk... pudar idea ler....

Jumaat, 19 Februari 2010
Rabu, 3 Februari 2010
apa yang siap????
tandas... bilik air kecik...
sinki lagi sikit ... cuma tak tahu nak mozek warna apa sinki ni... ada cadangan???
sinki lagi sikit ... cuma tak tahu nak mozek warna apa sinki ni... ada cadangan???
Khamis, 21 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)